AM

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Joseph Kurup

17/04/2024 11:09 PM

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup serta keluarga atas kematian bapanya, Tan Sri Joseph Kurup hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata jasa dan pengorbanan mendiang sewaktu menjadi menteri di peringkat Persekutuan serta negeri pastinya akan dikenang oleh rakyat dan negara.

Joseph, yang juga Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, meninggal dunia di Institut Jantung Negara di sini malam ini pada usia 79 tahun.

Perkara itu disahkan oleh Arthur, yang juga Presiden PBRS, melalui hantaran di laman Facebook.

Bekas Ahli Parlimen Pensiangan itu pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional) dan bersara daripada politik tahun lepas setelah memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu pada 1994.

Arthur menggantikan ayahnya sebagai Presiden PBRS pada Januari 2023.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan