AM

PM TIBA DI KOTA KINABALU UNTUK LAWATAN SEHARI

20/04/2024 01:08 AM

KOTA KINABALU, 19 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam ini untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.

Pesawat khas yang membawa Anwar tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 11.40 malam dan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah III Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Kadzim M Yahya.

Esok, Perdana Menteri dijadual menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijadual merasmikan majlis itu pada 12.30 tengah hari.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan