ARAU, 20 April (Bernama) -- Sebanyak 1,313 notis dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Bulan Perayaan di negeri ini bagi tempoh 1 hingga 18 April lalu.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis Fatimah Mohamed Ali Piah berkata kesalahan tertinggi yang dicatatkan melibatkan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor (LKM).
"Dalam tempoh tersebut, sebanyak 11,531 kenderaan telah diperiksa, 1,122 kenderaan telah diambil tindakan dengan jumlah kesalahan sebanyak 1,216. Sementara 1,313 notis telah dikeluarkan dengan pelbagai kesalahan.
"Antara kesalahan tersebut adalah tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, memandu di bawah umur serta kesalahan teknikal," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata JPJ Perlis juga telah mengeluarkan notis penyitaan terhadap 14 kenderaan atas pelbagai kesalahan.
Menurut beliau JPJ Perlis akan meneruskan advokasi dan kempen kesedaran keselamatan jalan raya melalui program turun padang, program bersasar serta literasi melalui platform media sosial.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial