EKONOMI

Sebanyak 2,214 Stesen Pengecas Ev Dipasang, Miti Kekal Sasaran 10,000 Menjelang 2025

24/04/2024 06:09 PM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Sebanyak 2,214 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) berjaya dipasang setakat 20 Mac, 2024, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata pencapaian itu sebahagian daripada komitmen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.

Malaysia menyasarkan untuk memiliki 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025, yang terdiri daripada 9,000 unit pengecas arus ulang alik (AC) dan 1,000 unit pengecas arus terus (DC) pantas, seperti digariskan dalam Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021-2030, yang dilancarkan pada 2021.

"Daripada 2,214 stesen pengecas EV yang dipasang, 1,741 adalah pengecas arus ulang-alik dan 473 pengecas pantas arus terus," kata Tengku Zafrul pada sidang media selepas mengumumkan kad laporan suku pertama 2024 MITI di sini hari ini.

Mengenai program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas), beliau berkata rebat bernilai RM4.8 juta daripada 1,995 permohonan telah diluluskan setakat 31 Mac 2024.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan