AM

PM Ucap Selamat Hari Guru, Rakam Jutaan Penghargaan Buat Warga Pendidik

16/05/2024 10:02 PM

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata dalam konteks membentuk masa depan anak bangsa, komitmen serta peranan dan dukungan para guru adalah perkara yang paling penting.

“Melahirkan anak bangsa yang berjaya adalah dambaan semua, tidak hanya di pihak pembuat kebajikan.

“Justeru, jutaan penghargaan kepada guru-guru dan negara ini perlukan kebersamaan kalian terutamanya dalam usaha mewujudkan generasi penerus yang MADANI dan berketerampilan,” kata beliau.

Pada masa sama, Anwar berkata sistem pendidikan negara harus dipertingkat agar Malaysia dapat memastikan akses yang sama dalam meraih ilmu pengetahuan serta tingkat moral yang tinggi. 

Bagi sambutan Hari Guru tahun ini, Kementerian Pendidikan mengangkat tema ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI’ dengan sambutan peringkat kebangsaan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang hari ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan