AM

Dua Anggota Polis Maut Dalam Insiden Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

17/05/2024 11:49 AM

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera, dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar yang mengesahkan perkara itu berkata insiden pada 2.45 pagi itu, melibatkan suspek yang bertopeng bersenjata pistol dan parang.

Suspek bagaimanapun turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.

Susulan itu, polis merampas sepucuk pistol Walther P99 dan Selaras HK MP5 daripada suspek.

Bagaimanapun, maklumat selanjutnya akan diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang dijangka tiba di lokasi pagi ini.

Jenazah dua anggota dan seorang yang maut serta anggota yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini, untuk bedah siasat dan rawatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan