AM

Polis Sita 65 Motosikal, Keluar 342 Saman Dalam Operasi Samseng Jalanan

19/05/2024 11:35 PM

GEORGE TOWN, 19 Mei (Bernama) -- Polis menyita 65 motosikal dalam Op Bersepadu: Samseng Jalanan Digempur di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Seagate, Bayan Lepas dekat sini hari ini dalam usaha menggempur mat rempit dan samseng jalanan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata operasi itu melibatkan 32 pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Barat Daya dibantu pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan serta 10 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.

"Dalam operasi itu, pihak kami telah memeriksa ratusan motosikal sebelum mengambil tindakan menyita 65 motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebanyak 342 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan jalan raya dan pihak JPJ Pulau Pinang turut mengeluarkan 40 notis pemeriksaan kenderaan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Selain membendung samseng jalanan, beliau berkata operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan kenderaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan