DUNIA

Niaga Hadapan Fbm Klci Ditutup Tinggi

23/05/2024 08:19 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa Mei 2024 dan Jun 2024 naik tujuh mata masing-masing kepada 1,629.5 dan 1,630.5, September 2024 meningkat 6.5 mata kepada 1,618.0 dan Disember 2024 menokok 7.5 mata kepada 1,625.5.

Jumlah dagangan susut kepada 8,287 lot daripada 8,804 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 51,640 kontrak berbanding 51,660 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 7.09 mata atau 0.44 peratus kepada 1,629.18 daripada 1,622.09 pada Selasa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan