AM

PTVM HARAP EKOSISTEM KONDUSIF BAGI INDUSTRI KANDUNGAN TELEVISYEN

23/05/2024 11:41 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) berharap  Kementerian Komunikasi dapat mewujudkan ekosistem kondusif untuk industri kandungan televisyen Malaysia melalui dasar-dasar baharu yang lebih berkesan.

Presiden PTVM Datuk Jurey Latiff Rosli dalam kenyataan berkata industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat dalam dan luar negara untuk melabur dalam industri berkenaan.

Beliau berkata pihaknya yang mengadakan sesi libat urus dengan Kementerian Komunikasi hari ini  mengusulkan empat perkara bagi tujuan itu antaranya menilai keperluan kawalan jumlah syarikat berdaftar dengan Kementerian Komunikasi untuk menyertai saringan pitching di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Selain itu memastikan syarikat penerbitan yang mempunyai lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) wajib menjalani kursus atau latihan berskala di bawah program MyCAP serta mengeksport kandungan RTM melalui kerjasama kerajaan dan swasta.

“Persaingan yang sihat bakal membuka peluang yang adil dan berlaku situasi menang-menang antara pemain industri dengan pihak kerajaan melalui agensi berkaitan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan