AM

Industri Landskap Sasar Sumbang 3.5 Peratus Kdnk Menjelang 2035

23/05/2024 11:55 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Landskap Negara menyasarkan sumbangan industri landskap sebanyak 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2035.

Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara Mansor Mohamad berkata sasaran itu bakal disusuli dengan beberapa pelan tindakan melalui Blue Print Industry Landscape.

“Industri landskap telah menyumbangkan hampir RM27 bilion atau 1.7 peratus daripada KDNK negara di bawah Malaysia Standard Industry Classification (MSIC) dan Jabatan Perangkaan.

“Jumlah itu signifikan dan selepas pandemik, industri ini berkembang sebanyak 15 peratus,” katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV hari ini.

Sementara itu, bersempena dengan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 yang bermula esok hingga 2 Jun,  Mansor berkata program berkenaan akan menjadi platform penggiat industri landskap mempromosikan dan memasarkan produk-produk mereka.

“Bagi industri landskap, kita mempunyai 150 reruai pameran. Dalam 10 hari itu, saya percaya akan ada padanan perniagaan yang akan terjalin seperti pertukaran peluang perniagaan selain penganjuran pelbagai forum dan dialog selama dua hari,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam Cheremi Tarman dalam program sama berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor.

“Kita menyediakan 2,000 pokok hiasan landskap, pokok buah-buahan seperti kelapa. Kita mengedarkan secara percuma kepada pengunjung yang hadir bagi menarik mereka datang selain bagi mewujudkan kesedaran berkenaan landskap,” katanya.

Cheremi berkata antara program yang akan berlangsung ialah Anugerah Landskap Negara 2024, Green Urban Forum, Speakers’ Corner, Fun Run, Mini Orchid Show dan Pertunjukan Bomba. 

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan