AM

Tiga Bilik Pembedahan Di Pusat Jantung Serdang Mula Beroperasi Pada Jun - Dr Dzulkefly

25/05/2024 03:38 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melalui satu hantaran ringkas di laman X hari ini.

“Dalam pada itu, perkhidmatan kardiologi angiogram di PJS dan rawatan kecemasan pesakit masih berjalan seperti biasa, menggunakan fasiliti di Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang),” katanya dalam hantaran tersebut.

Sebelum ini, Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung Serdang yang dibuka pada Disember 2022 dilaporkan berdepan beberapa isu teknikal, termasuk masalah bekalan elektrik.

Susulan itu, sebuah mesyuarat antara kontraktor PJS dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kerja Raya telah diadakan baru-baru ini dan pihak kontraktor memberi jaminan segala kerosakan dan kecacatan di fasiliti kesihatan tersebut, akan dibaiki menjelang Jun ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan