EKONOMI

Honor Magic6 Pro Cloud Purple Kini Di Pasaran 

31/05/2024 03:43 PM

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- HONOR Magic6 Pro Cloud Purple yang menjadi dambaan ramai mula dijual hari ini.

Telefon pintar edisi terhad dilengkapi 12GB RAM dan storan 512GB yang turut didatangkan dalam dua warna menarik lain iaitu epi green dan hitam itu dijual pada harga RM4,499, menurut HONOR dalam satu kenyataan hari ini.

“Dapatkan jam tangan pintar HONOR CHOICE percuma dengan setiap pembelian HONOR Magic6 Pro, berserta hadiah fon telinga kecil HONOR Earbuds X6, penggantian retak depan dan belakang 365 hari serta waranti lanjutan setahun bernilai sehingga RM1,696.

“Selain itu, HONOR Magic V2 juga diberikan rebat segera RM800 serta hadiah bernilai RM1,748 dan promosi berakhir pada 30 Jun,” menurut kenyataan itu. 

Sementara itu, HONOR juga mengeluarkan kemas kini MagicOS 8.0 baharu untuk HONOR Magic6 Pro, menyediakan aplikasi baharu dalam Magic Portal dan beberapa ciri baharu lain untuk kegunaan harian pengguna.

Menurut Honor sebagai sebahagian MagicOS 8.0, ciri Magic Portal kini menyokong 100 aplikasi teratas merentas tujuh senario termasuk melancong, produktiviti, mesej, carian, hiburan, beli-belah dan media sosial.

Interaksi Magic Portal juga serasi dengan aplikasi seperti LINE, WhatsApp, aplikasi suite Google, Instagram, Facebook, YouTube, TikTok, Taobao, ebay dan banyak lagi.

HONOR hari ini turut mengumumkan MagicOS 8.0 baharu untuk Siri HONOR Magic, membolehkan pengguna HONOR Magic V2, PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR dan HONOR Magic5 Pro memuat turun kemas kini ini daripada menu Settings mulai hari ini.

Berdasarkan Android 14, MagicOS 8.0 membawakan antara muka pengguna berasaskan niat (IUI) yang dikuasakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan ciri seperti Magic Portal, Magic Capsule dan Smart Folder.

Ia juga membawa pelbagai jenis antara muka pengguna, prestasi, privasi dan peningkatan kecekapan bateri seperti mod penjimatan kuasa Ultra Power Saving Mode yang terbaharu kepada telefon flagship yang dapat memperkasakan pengguna dengan produktiviti lebih baik dan menawarkan lebih banyak kemudahan menerusi AI pada peranti.

Menurut kenyataan itu, siri HONOR Magic mengutamakan privasi pengguna dengan memastikan data peribadi diproses dengan selamat pada peranti.

MagicOS 8.0 memperkenalkan Blur Private Info, ciri baharu dalam menu kongsi bagi pengguna menyusun maklumat sensitif seperti nama, kata laluan dan butiran panggilan dengan mudah daripada tangkapan pada imej.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan