JENAYAH & MAHKAMAH

Penyasaran Subsidi: Polis Perlis Pantau Sempadan Elak Penyeludupan Diesel

11/06/2024 03:54 PM

KANGAR, 11 Jun (Bernama) -- Polis Perlis akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan sempadan negara dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan minyak diesel yang dipercayai akan terus berlaku meskipun selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula semalam.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata pihaknya percaya penyeludup mungkin akan menyeludup minyak itu dengan kuantiti yang lebih banyak untuk mendapatkan keuntungan memandangkan harga diesel di negara ini masih tidak jauh berbeza sebelum dan selepas penyasaran subsidi itu.

"Pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) sentiasa menyokong dasar kerajaan mengenai harga diesel bagi meneruskan kelancaran ekonomi negara … kita sedia bekerjasama dengan agensi berwajib bagi memantau kawasan sempadan di Perlis ini termasuk jalan darat dan laut.

"Kita sedia beri bantuan sokongan kepada agensi berwajib dalam membendung kegiatan penyeludupan minyak ke negara jiran," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) di sini hari ini.

Muhammad berkata modus operandi penyeludup diesel dipercayai masih sama iaitu melalui laluan darat dan laut.

Sementara itu, sebanyak 84 orang hadir menerima pingat berkenaan yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan PDRM di sini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan