JENAYAH & MAHKAMAH

Aadk Tahan 168 Individu Disyaki Penagih Dadah

12/06/2024 05:23 PM

SHAH ALAM, 12 Jun (Bernama) -- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan 168 individu kerana disyaki penagih dadah dalam Operasi Pengesanan Orang yang Disyaki (OYDS) di tiga daerah di Selangor pada 9 hingga 11 Jun lepas.

Operasi perdana melibatkan Daerah Petaling, Hulu Langat dan Kuala Selangor itu menyaksikan daripada 168 yang ditahan, sebanyak 162 OYDS didapati positif dadah berbahaya manakala lima lagi negatif ujian saringan.

AADK dalam kenyataan hari ini memaklumkan baki seorang lagi OYDS telah diserahkan kepada polis kerana disyaki terlibat aktiviti mengedar dadah.

Daripada jumlah ditahan sebanyak 81 individu didapati positif dadah jenis Opiat, Methamphatamine (39), Methamphetamine dan Marijuana (tiga); Opiat dan Methamphetamine (36), manakala Opiat, Methamphetamine dan Marijuana masing-masing seorang.

Operasi perdana melibatkan 70 anggota dan pegawai daripada pelbagai jabatan serta agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dijalankan bertujuan untuk mengesan dan menahan OYDS sebagai penagih dadah atau klien dalam komuniti yang melanggar syarat pengawasan.

AADK berharap operasi berkenaan dapat memastikan OYDS yang dikesan menjalani program rawatan dan pemulihan disediakan agensi itu selain menyekat kemasukan dadah di kawasan tersebut sekali gus memastikan keselamatan masyarakat setempat ditingkatkan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan