AM

P. PINANG BINCANG PROJEK-PROJEK PENTING DENGAN MENTERI KEWANGAN II

20/06/2024 03:46 PM

GEORGE TOWN, 20 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan berhubung status projek-projek penting negeri itu menerusi satu pertemuan dengan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, esok.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata antara yang akan dibincangkan ialah projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan projek Air Perak- Pulau Pinang dalam pertemuan tersebut.

"Kerajaan negeri akan mendapat maklum balas daripada Menteri Kewangan II dan kumpulan pegawai Kementerian Kewangan berkaitan projek-projek besar yang akan dilaksanakan di negeri ini.

"Selain itu, kita juga akan berbincang mengenai insentif kepada syarikat-syarikat yang melabur di Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Digital di negeri ini, kami berharap Kementerian Kewangan akan memberi sokongan dan membantu menyediakan insentif ini," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri di sini hari ini.

Beliau juga akan membawa cadangan berkaitan kajian semula sistem agihan cukai kepada negeri dengan Kerajaan Pusat memulangkan sekurang-kurangnya 20 peratus hasil cukai yang dikutip daripada Pulau Pinang kepada negeri itu semula.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan