DUNIA

Letupan Bahan Kimia Cetus Kebakaran Di Kilang Melbourne

10/07/2024 01:08 PM

SYDNEY, 10 Julai (Bernama-Xinhua) -- Pihak berkuasa tempatan bergegas ke sebuah kilang di Derrimut, barat Melbourne selepas letupan yang berpunca daripada bahan kimia mencetuskan kebakaran pada Rabu, lapor Xinhua.

Pasukan bomba Victoria tiba di Swann Drive sekitar 11.20 pagi waktu tempatan.

"Amaran telah dikeluarkan untuk Albion, Braybrook, Brooklyn, Derrimut, Laverton North, Sunshine, Sunshine West, Tottenham dan Truganina," menurut pihak bomba.

Amaran "Watch and Act" masih berkuat kuasa di kawasan terjejas serta penduduk setempat diminta segera berlindung di dalam kediaman masing-masing, susulan asap toksik bergerak ke arah timur merentasi Derrimut.

Pada masa ini, lebih banyak peralatan sedang dihantar ke lokasi untuk memadam kebakaran.

"Tiada laporan kecederaan dan semua pekerja di dalam premis telah dipindahkan.

"Pergerakan trafik di kawasan berkenaan dijangka terjejas untuk seketika,” kata jurucakap Polis Victoria kepada Xinhua.

-- BERNAMA-XINHUA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan