GUA MUSANG, 11 Julai (Bernama) -- Pemandu lori yang terbabit dalam insiden penunggang motosikal dihempap kayu balak di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa didapati tidak memiliki lesen memandu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata pemandu berusia 24 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Gua Musang pada hari yang sama.
"Pemandu itu datang ke balai untuk menyerah diri dan mengakui kesalahannya yang tidak mempunyai lesen memandu.
“Polis turut mengeluarkan saman ke atas pemilik lori yang berusia 58 tahun kerana membenarkan kenderaan itu dipandu oleh individu yang tidak mempunyai lesen," katanya kepada Bernama hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pada Selasa lepas, seorang wanita nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di persimpangan berkenaan dan kini sedang menjalani rawatan di hospital akibat kecederaan parah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial