AM

PM ANWAR LUANG MASA BERTEMU PENDAKWAH TERSOHOR AMERIKA OMAR SULEIMAN

13/07/2024 10:06 AM

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meluangkan masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Syarikat Dr Omar Suleiman di kediamannya.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar berkata pada pertemuan itu, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia barat.

“Kami turut berbincang mengenai ikhtiar merekayasa peranan strategik Malaysia dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul dan wasatiy,” katanya.

Dr Omar Suleiman kini berada di Malaysia dalam rangka lawatan singkat bagi menyampaikan syarahan di Shah Alam, Selangor.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isteri perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anggota keluarga Anwar.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan