AM

IMIGRESEN ANJUR HARI BERTEMU PELANGGAN BERMULA SELASA DEPAN

13/07/2024 10:40 PM

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) --  Jabatan Imigresen Malaysia akan menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan (HBPJIM) selama tiga hari bermula Selasa depan bersempena Sambutan Hari Imigresen 2024 pada 22 Julai ini.

Imigresen dalam kenyataan hari ini menjemput orang ramai untuk hadir ke HBPJIM yang akan berlangsung di Pekarangan Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dari 9 pagi hingga 4 petang.

“Antara perkhidmatan yang ditawarkan di HBPJIM ialah pertanyaan, semakan dan khidmat nasihat urusan Imigresen termasuk permohonan MyOnline Pasport; kaunter Visa, Pas dan Permit; kaunter Pekerja Asing dan kaunter Khidmat Ekspatriat.

“Selain itu, terdapat juga kaunter Bahagian Penguatkuasaan, kaunter Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan, khidmat nasihat kesedaran pemerdagangan orang dan penyeludupan migran serta pameran perkhidmatan Imigresen,” katanya.

Turut dibuka kaunter perkhidmatan dan pameran oleh Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Askar Wataniah, Kementerian Kesihatan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tabung Haji, myCUEPACSCare dan Celcom.

Menurut kenyataan itu, pengunjung juga berpeluang membeli barangan dan cenderahati di reruai Koperasi Imigresen Malaysia, Kelab Bolasepak Imigresen (IFC), PUSPANITA, Jualan Fama dan gerai jualan lain. 

“Pengunjung turut berpeluang mendapatkan cenderahati eksklusif Imigresen secara percuma semasa pendaftaran kehadiran dan menyertai acara-acara sampingan seperti kuiz, pertandingan sepak penalti IFC serta cabutan bertuah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai program HBPJIM di akaun media sosial rasmi Imigresen.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan