AM

AGONG, RAJA PERMAISURI ZAHIR UCAPAN SELAMAT ULANG TAHUN KEPADA SULTAN BRUNEI

15/07/2024 02:12 PM

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan semoga Allah SWT merahmati Sultan Brunei dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia baginda.

Negara Brunei hari ini meraikan Hari Keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-78.

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) dan ditabalkan sebagai Sultan Brunei ke-29 pada 1967.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan