JOHOR BAHRU, 15 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan seorang anggota polis trafik cedera parah ketika bertugas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya di sini semalam, direman empat hari.
Perintah tahanan reman hingga Khamis terhadap suspek berumur 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan.
Semalam, media melaporkan seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata dalam kejadian 7.05 pagi itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an mengalami patah tulang pinggul sebelah kiri dan luka pada bahagian muka, dagu serta tangan sebelah kanan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial