EKONOMI

Wct Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai Rm214 Juta Daripada Kwasa Land

15/07/2024 06:42 PM

KUALA  LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- WCT Bhd (WCTB) anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd, memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM214 juta daripada Kwasa Land Sdn Bhd.

 Kontrak itu adalah untuk membina kerja-kerja infrastruktur dan laluan bawah tanah di Pembangunan Perbandaran Kwasa Damansara, Selangor.

Syarikat pembangunan hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, WCTB telah melaksanakan dan menerima surat lantikan bagi kerja-kerja itu, yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan mulai 1 Ogos 2024.

"Kerja-kerja di bawah kontrak itu merangkumi, antara lain, pembersihan tapak, kerja perobohan, kerja tanah, kerja geoteknik, kerja jalan, struktur jambatan, struktur laluan bawah tanah, kerja saliran, retikulasi air, kerja pembetungan, kerja mekanikal dan elektrikal, pembaikan sungai dan kerja penyelenggaraan rutin,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan