AM

Peyatim Lahir 12,000 Siswazah Dalam Kalangan Anak Yatim - Presiden

15/07/2024 10:25 PM

GOPENG, 15 Julai (Bernama) -- Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) berjaya melahirkan 12,000 siswazah, termasuk mereka yang mengikuti Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sehingga kini.

Presiden PEYATIM Prof Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata kejayaan itu, hasil usaha pelbagai pihak dalam membantu kebajikan anak-anak yatim yang berada di negara ini.

“Kesemua lepasan graduan anak-anak yatim ini telah berjaya dalam bidang masing-masing, ada dalam kalangan mereka menjadi pegawai kerajaan, doktor pakar, jurutera dan pelbagai kerjaya lagi,” katanya ketika ditemui pada Program Semarak Kasih Muharram sempena Sambutan Hari Anak Yatim di sini hari ini.

Sementara itu Mahmud berkata beliau percaya di Malaysia terdapat lebih 150 asrama anak yatim, namun yang berdaftar dengan mereka hanya 72, iaitu separuh daripada jumlah itu.

“Selain itu, sehingga kini ada asrama yang (mempunyai) kapasiti tapi tiada anak yatim, jadi ini kita terpulanglah…kita terlalu sangat nak membantu,” katanya.

Sementara itu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Salbiah Mohamed berkata kerajaan negeri memperuntukan RM400,000 bagi membantu kanak-kanak terutamanya anak-anak yatim pada tahun ini.

“Jumlah yang kita ada tidaklah terlalu besar, tetapi dengan bajet yang dibentangkan oleh kerajaan negeri kita hanya mampu menyalur RM400,000 dalam membangunkan infra kanak-kanak terutamanya anak yatim.

“Jadi duit itulah yang saya gunakan untuk melihat keperluan utama kepada anak-anak dan yang saya sebut tadi fokusnya sudah tentulah kepada soal pendidikan, termasuk keperluan infra mereka bagi memastikan keselesaan mereka terjaga di rumah atau pertubuhan anak-anak yatim,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan