DUNIA

Mahkamah As Tolak Pertuduhan Tambahan Dalam Kes Dokumen Sulit Trump

16/07/2024 01:00 AM

WASHINGTON, 15 Julai (Bernama-Sputnik) -- Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS) Aileen Cannon menolak pertuduhan tambahan terhadap bekas Presiden Donald Trump dalam kes dokumen sulit terhadapnya, menurut satu perintah yang difailkan pada Isnin, lapor Sputnik.

"Permohonan bekas Presiden Trump untuk Menolak Pertuduhan Berdasarkan Pelantikan dan Pembiayaan Tidak Sah ‘Special Counsel’ Jack Smith telah diluluskan mengikut Perintah ini. Pertuduhan Tambahan ini ditolak kerana pelantikan ‘Special Counsel’ Smith melanggar Klausa Pelantikan Perlembagaan Amerika Syarikat," kata perintah itu.

Penggunaan peruntukan tetap tanpa had oleh Smith juga melanggar Klausa Peruntukan Perlembagaan AS, kata perintah itu.

Smith pada mulanya mendakwa Trump dengan 37 pertuduhan berkaitan dakwaan penyalahgunaan bahan sulit, dan kemudian memfailkan pertuduhan tambahan dengan menambah tiga lagi pertuduhan.

-- BERNAMA-SPUTNIK                         


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan