AM

KEMENTERIAN KOMUNIKASI, POLIS BEKERJASAMA BANTERAS ISU SIBER - FAHMI

18/07/2024 02:29 PM

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Kementerian Komunikasi sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras pelbagai isu siber, kata menterinya Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ini termasuk aktiviti penipuan, judi dalam talian, pengantunan seksual dan buli siber.

“Saya menghargai kolaborasi yang cukup baik antara PDRM, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah, dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam isu ini,” katanya menerusi hantaran di laman sosialnya hari ini.

Hantaran tersebut turut memaparkan pertemuan Fahmi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta delegasi.

Fahmi berkata media sosial boleh memberi kesan negatif secara langsung dan tidak langsung terhadap sesetengah pengguna, sehinggakan ada yang mengalami tekanan hidup dan kemurungan melampau.

“Kita semua mempunyai peranan yang perlu dimainkan untuk memastikan landskap digital lebih selamat,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan