AM

TOURISM MALAYSIA LANCAR PAKEJ 'FLY BORNEO SPECIALS VOL. 2'

24/07/2024 04:43 PM

GEORGE TOWN, 24 Julai (Bernama) -- Tourism Malaysia dengan kerjasama Malaysia Aviation Group (MAG) dan Bank Rakyat telah melancarkan pakej pelancongan baharu 'Fly Borneo Specials Vol. 2 - More Adventure Awaits You' bagi mempromosikan perjalanan antara negeri ke Sabah, Sarawak dan Labuan melalui rakan kongsi penerbangan Firefly dan MASwings.

Tourism Malaysia dalam kenyataan hari ini menyebut ia menampilkan 113 pakej, disusun oleh 61 pengendali pelancongan dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang menawarkan pelancongan landskap semula jadi, kepelbagaian flora dan fauna, aktiviti pengembaraan, pengalaman budaya dan gastronomi.

"Semua pakej disertakan dengan tambang penerbangan dan lawatan pada harga sangat berpatutan. Bagi menjadikan perjalanan lebih mudah diakses, MAG menawarkan diskaun 40 peratus untuk tambang penerbangan melalui Firefly dan MASwings.

“Selain itu, Bank Rakyat menyediakan skim pembayaran tanpa faedah untuk pembelian pakej menggunakan kad kredit dan terminalnya bagi membolehkan pengembara menikmati percutian mereka di Borneo,” menurut kenyataan itu.

Pakej 'Fly Borneo Specials Vol. 2 - More Adventure Awaits You' dilancarkan Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Yeoh Soon Hin di sini, semalam.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan