AM

Projek LRT3: Lencongan Di Persiaran Bandar Utama Mulai 31 Julai-7 Ogos

30/07/2024 10:58 AM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bermula 31 Julai hingga 7 Ogos dari 10 malam hingga 6 pagi setiap hari berikutan penutupan jalan untuk kerja-kerja projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Persiaran Bandar Utama, Selangor.

Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu melibatkan lorong paling kanan di Persiaran Bandar Utama (Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala jalan susur) dan Persiaran Bandar Utama (arah BU2) ke Sri Pentas .

“Pelaksanaan lencongan itu dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Amanat Lebuh Rakyat (ALR). Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Projek LRT3 dijangka menghubungkan kira-kira dua juta penduduk antara Bandar Utama dan Klang serta dibangunkan selari dengan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL/KV) sekali gus menjadi ciri utama dalam memperluas kesalinghubungan rel ke Koridor Barat GKL/KV

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian bantuan LRT3 iaitu 1 800 18 2585 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) atau layari www.lrt3.com.my atau ikuti laman X @myLRT3.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan