AM

RTM diminta perjelas dakwaan tiada siaran langsung aksi Lee Zii Jia

01/08/2024 10:55 PM

PUTRAJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan tiada siaran langsung aksi pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata setakat ini beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"...tapi kita akan minta penjelasan daripada pihak RTM nanti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Seorang pengguna laman Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila RTM sebagai badan penyiaran nasional tidak menyiarkan aksi Zii Jia menentang pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian.

Untuk rekod, RTM merupakan penyiar rasmi temasya sukan berprestij Olimpik Paris selama 17 hari tanpa henti secara percuma.

Acara-acara Sukan Olimpik Paris boleh ditonton secara langsung menerusi saluran TV Okey dan Sukan TV RTM dan 'live streaming' Olimpik juga disiarkan melalui aplikasi RTM Klik.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan