JENAYAH & MAHKAMAH

Exco Selangor Kecam, Mahu Individu Serang Dua Wanita Segera Dikesan

09/08/2024 11:28 PM

SHAH ALAM, 9 Ogos (Bernama) -- Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah berharap pihak berkuasa segera mengesan individu yang menyerang dua wanita di sebuah surau berhampiran sekolah agama rakyat di Kelana Jaya dekat sini hari ini. 

Beliau berkata rumah ibadat dan sekolah seharusnya menjadi tempat yang selamat untuk setiap rakyat.

Mohammad Fahmi berkata tindakan biadap dan intimidasi seperti itu hanya wajar dibalas oleh suatu respons yang segera, keras dan tegas oleh semua pihak berkuasa terlibat.

"Saya berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu segera melaporkan kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan malam ini. 

Beliau pada masa sama turut mendoakan kedua-dua mangsa sembuh. 

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 tengah hari tadi dan memaklumkan pihaknya sedang giat mengesan suspek terlibat.

Kedua-dua mangsa berusia 20-an dan 50-an yang mengalami kecederaan kini dirawat di Hospital Shah Alam. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan