AM

Hari Hol: Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke Makam Diraja

11/08/2024 03:07 PM

JOHOR BAHRU, 11 Ogos  (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru bersempena dengan Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

Berangkat sama ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Raja Muda Johor Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail, menurut satu hantaran dalam Facebook rasmi Seri Paduka Baginda.

Berangkat sama, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Datuk Dennis Muhammad Abdullah dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

Hari Hol ialah hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor sejak 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.

-- Bernama

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan