IPOH, 11 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas berusia 60-an, ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di sebuah bangunan dalam daerah Kuala Kangsar.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata kira-kira 3.20 petang tadi, pengadu yang berada di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, telah melayari laman Facebook ‘Kuala Kangsar Tetap Di Hati’ mengenai insiden itu.
“Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan hantaran tersebut dan tangkapan telah dibuat ke atas satu lelaki berusia 60-an bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Justeru, Heisham menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dan berhati-hati dengan setiap pemasangan bendera sempena Bulan Kebangsaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial