KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan kerajaan akan melakukan rombakan Jemaah Menteri tidak lama lagi.
Anwar berkata beliau tidak mengetahui dan mendengar sama sekali berhubung perancangan rombakan Kabinet itu.
“Itulah, (saya) baru sahaja diberitahu. Saya tak dengar lagi…siapa yang nak tolong rombak (Kabinet)? Ini serius ni. Saya belum lagi mendengar mengenainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Anwar mengulas mengenai dakwaan sebuah portal berita hari ini yang melaporkan kemungkinan rombakan Kabinet akan berlaku sekali lagi, kurang setahun selepas rombakan terakhir kepimpinan kerajaan.
Ditanya sama ada seorang menteri besar akan dilantik mengisi Kabinet menteri nanti seperti yang dilaporkan portal tersebut, beliau berkata perkara itu mungkin berlaku selepas pilihan raya umum (PRU).
“Lepas pilihan raya, Insya-Allah,” katanya.
Kali terakhir Jemaah Menteri dirombak pada Disember tahun lalu dan dibesarkan daripada 29 menteri kepada 31 menteri.
Kali terakhir Jemaah Menteri dirombak adalah pada Disember tahun lalu, apabila bilangan menteri ditambah daripada 29 kepada 31.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial