KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Malaysia akan terus menilai impak daripada faktor luaran terhadap ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan sentiasa peka mengenai risiko geopolitik dan faktor antarabangsa lain yang boleh mempengaruhi ekonomi Malaysia dan akan menilai keadaan dari semasa ke semasa.
“Kita kini berada di landasan yang betul (untuk mencapai pertumbuhan ekonomi),” katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2024 di sini hari ini.
Anwar mengulas mengenai sama ada faktor luaran termasuk gempa bumi di Jepun berukuran 7.1 magnitud baru-baru ini dan perang Rusia-Ukraine yang berterusan akan memberi impak kepada ekonomi Malaysia.
Pada Mei, Kementerian Kewangan berkata kerajaan optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada pada kedudukan yang baik dan akan berkembang pada kadar unjuran rasmi antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus pada 2024, didorong pertumbuhan suku pertama yang lebih tinggi daripada jangkaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial