AM

Mohamad Fauzi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Mycreative Ventures

14/08/2024 12:19 AM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah baharu Kumpulan MyCreative Ventures, sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan khusus untuk meningkatkan industri kreatif tempatan.

Lembaga Pengarah Pasukan Pengurusan dan Warga Kumpulan MyCreative Ventures menerusi satu poster mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.

“Semoga dengan pelantikan Mohamad Fauzi, Kumpulan MyCreative Ventures dapat meneruskan usaha dengan lebih giat dan meluas bagi menyokong inisiatif kreatif yang berani serta inovatif, demi memenuhi keperluan industri dan memacu ekonomi kreatif Malaysia ke arah yang lebih tinggi,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan