AM

Jumlah Mangsa Banjir Di Alor Gajah Terus Berkurang

14/08/2024 08:47 AM

MELAKA, 14 Ogos (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah semakin berkurangan pagi ini apabila hanya 32 mangsa daripada 11 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu pada 7 pagi ini berbanding 50 mangsa daripada 15 keluarga petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata sebanyak 21 mangsa daripada tujuh keluarga berlindung di PPS Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau.

“PPS Balai Raya Seri Jeram pula menempatkan 11 mangsa daripada empat keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini, empat kawasan masih terjejas dengan baniir yang melanda dari Ahad lepas membabitkan Kampung Seri Jeram, Kampung Teluk Berembang, Kampung Titian Bintangor dan Kampung Pengkalan Pauh.

Keadaan cuaca dilaporkan cerah pagi ini dan tiada jalan ditutup kepada kenderaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan