BERITA TERGEMPAR   Paris route represents Malaysia Airlines’ 68th destination and will be served by A350-900 aircraft - Capt Izham | 
 AM

Nelayan Port Dickson Terkesan Projek Pembangunan Hotel Terima Pampasan

05/09/2024 10:38 AM

SEREMBAN, 5 Sept (Bernama) -- Seramai 31 nelayan di  Telok Kemang, Port Dickson di sini yang terkesan ekoran projek pembangunan sebuah hotel menerima pampasan masing-masing RM3,000 untuk tiga bulan pertama.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia berikutan projek berkenaan telah bermula sejak Jun lepas dan pampasan bulanan sebanyak RM1,000 akan diberikan secara terus kepada penerima melalui Persatuan Nelayan Kawasan Telok Kemang (PNKTK) selepas ini.

"Bayaran ini berterusan hingga 12 tahun bagi memastikan nelayan terlibat tidak terjejas dari segi hasil pendapatan. 

"Seramai 20 pemilik bot dan 11 awak-awak yang juga nelayan kapal tradisional menerima pampasan itu,” katanya kepada pemberita selepas program penyerahan pampasan kepada nelayan Telok Kemang di sini.

Beliau berkata lokasi yang terlibat dalam pembangunan itu sebahagian dari kawasan penangkapan hasil laut oleh PNKTK yang berpangkalan di Pengkalan Telok Pelandok.

Aminuddin berkata terdapat 611 nelayan berdaftar di Port Dickson dengan jumlah tangkapan 187 metrik tan bernilai RM 3.1 juta dan nelayan di Pengkalan Nelayan Telok Pelandok menyumbang enam peratus hasil tangkapan keseluruhan di Port Dickson.

Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata pihaknya melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri telah meluluskan belanjawan 2025 yang dijangka dibentangkan hujung tahun ini.

Beliau berkata hasil keputusan itu daripada pemukiman bengkel konsultasi belanjawan 2025 yang diadakan di Putrajaya pada Ogos lepas dan dipersetujui semua ahli Exco pada mesyuarat semalam.

"Kita telah meluluskan bajet di peringkat MMK, setelah berbincang dan diharmonikan beberapa perkara serta dibentangkan semula kepada mesyuarat Exco terdapat sedikit perubahan yang dibuat namun semuanya dalam keadaan baik," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan