AM

71,290 Lepasan STPM, Setaraf Ditawarkan Ke Universiti Awam Menerusi UPUOnline

06/09/2024 04:41 PM

PUTRAJAYA, 6 Sept (Bernama) -- Sebanyak 71,290 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf ditawarkan tempat melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam menerusi sistem UPUOnline pada tahun ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ialah 77 peratus daripada jumlah keseluruhan pemohonan iaitu sebanyak 105,424 yang diterima sistem UPUOnline.

Menurut KPT, sebanyak 1,114 program pengajian Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi pemohonan kali ini.

"Kemasukan pelajar ke institusi-institusi berkenaan dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah," menurut kenyataan itu.

KPT menjelaskan calon yang tidak berjaya mendapatkan tawaran tempat pengajian boleh membuat rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 12 tengah hari ini hingga 5 petang, 15 Sept. 

"Kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian pada peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan