AM

YSIJ, Eco-shop Sampai Sumbangan Kepada Institusi Agama Islam Johor, Masjid

08/09/2024 07:50 PM

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bersama Eco-Shop Marketing Sdn Bhd hari ini menyampaikan sumbangan bernilai RM368,000 kepada masjid di daerah Segamat dan institusi agama Islam Johor.

Menurut hantaran melalui laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, daripada jumlah itu, sumbangan bernilai RM118,000 diberikan kepada Pejabat Kadi Daerah Segamat manakala bantuan kipas serta kerusi bernilai RM165,000 diberikan kepada 68 masjid di daerah berkenaan.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik bersama hantaran itu, kesemua 68 masjid turut menerima sumbangan tunai daripada Malaysian Social Entrepreneurs Foundation (MSEF) sebanyak RM68,000.

Pemegang Amanah Urusan YSIJ Datuk Avinderjit Singh menerusi hantaran itu berkata Masjid Bandar Segamat turut menerima bantuan berupa kelengkapan pejabat dan sistem siar raya bernilai RM17,000. 

Replika cek sumbangan terbabit disampaikan Pengarah Urusan Eco-Shop Marketing Datuk Seri Lee Kar Whatt kepada Avinderjit dalam satu majlis di Segamat hari ini.

Dalam pada itu, Avinderjit berkata majlis penyampaian sumbangan itu turut menyaksikan YSIJ menerima sumbangan dana daripada Eco-Shop Marketing Sdn Bhd berjumlah RM5 juta.

“Sejak 2021, Eco-Shop Marketing Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan hampir RM6 juta kepada YSIJ dalam meneruskan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Sumbangan ini membolehkan YSIJ terus membantu serta menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat memerlukan di Johor.

“Hampir setiap minggu YSIJ turun padang membantu golongan memerlukan di pelbagai daerah termasuk menyampaikan bakul makanan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan