AM

Banjir: PPS Masjid Sungai Seluang Di Kulim Ditutup

09/09/2024 12:03 PM

ALOR SETAR, 9 Sept (Bernama) -- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kulim pada Sabtu lepas bagi menempatkan mangsa banjir ditutup sepenuhnya 9.30 pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata PPS di Masjid Sungai Seluang sebelum ini menempatkan seramai 48 mangsa daripada 12 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah itu.

"PPS yang mula beroperasi pada 9.55 malam (Sabtu) itu menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Seluang Atas dan Kampung Sungai Seluang Bawah selepas kawasan kediaman penduduk dinaiki air.

"Semua penduduk telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air mulai surut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan