DUNIA

Amir Kuwait Terima Peletakan Jawatan Menteri Minyak

09/09/2024 07:09 PM

KUWAIT CITY, 9 Sept (Bernama-Xinhua) -- Amir Kuwait Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah pada Ahad berkenan menerima peletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Minyak Imad Mohammad Al-Atiqi, lapor Xinhua yang memetik Agensi Berita Kuwait (KUNA).

Sementara itu, Amir Kuwait berkenan melantik Nora Al-Fassam, Menteri Kewangan dan Menteri Negara bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Pelaburan sebagai pemangku menteri minyak.

Al-Atiqi dilantik sebagai menteri minyak pada 17 Januari dalam kerajaan yang dibentuk oleh bekas Perdana Menteri Sheikh Mohammad Sabah Al-Salem Al-Sabah.

Al-Fassam mengambil alih peranannya dalam kerajaan Perdana Menteri semasa Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah yang ditubuhkan pada 12 Mei.

-- BERNAMA-XINHUA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan