JENAYAH & MAHKAMAH

Tiada Tangkapan Ke Atas Ketua Polis Negeri - KPN

10/09/2024 06:56 PM

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan berhubung tangkapan terhadap seorang ketua polis negeri oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata dakwaan tersebut adalah berita tidak benar selepas pihaknya mendapatkan pengesahan daripada SPRM.

“Tiada tangkapan membabitkan ketua polis negeri dilakukan SPRM, berita itu tidak benar,” katanya kepada Bernama.

Razarudin turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan berita tidak benar yang boleh menjejaskan imej PDRM.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki turut menafikan mengenai tangkapan membabitkan ketua polis negeri berkenaan dan menyifatkan berita tersebut adalah palsu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof turut menafikan perkara tersebut.

"Cerita tak betul...banyak lagi cerita tidak betul dalam media sosial bukan hanya tentang ini sahaja," katanya.

Terdahulu tular di alipkasi Telegram berhubung tangkapan melibatkan seorang ketua polis negeri oleh SPRM dan turut menemukan wang tunai berjumlah RM4 juta.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan