SUKAN

Izzat Shameer Atlet Nombor Satu Dunia

13/09/2024 10:53 PM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Atlet boling padang lelaki negara Izzat Shameer Dzulkeple berada dalam kelompok tiga terbaik dunia selepas naik satu anak tangga ke kedudukan No.1 dunia.

Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan https://worldbowlsseries.com/male-rankings/,atlet kelahiran Perak itu meningkat dari kedudukan kedua kepada kedudukan pertama di atas pencabar Scotland, Stewart Anderson dan atlet Australia Aron Sheriff di kedudukan ketiga. 

Dalam pada itu, Nor Farah Ain Abdullah yang muncul sebagai juara di Kejohanan Dunia dalam Dewan 2024 di Guernsey turut memperbaharui ranking dunianya apabila kini berada di tangga kedua di belakang atlet Australia, Kelsey Cottrell dan Tyala Bruce dari New Zealand di tangga ketiga dunia. 

Presiden  Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) Datuk Awalan Abdul Aziz berkata kejayaan dua atlet ini merupakan terbaik dalam sejarah sukan boling padang negara.

“Kejayaan mereka ini banyak disumbangkan oleh mata yang diperolehi dari kejuaraan yang dicapai pada Kejohanan Dunia di Guernsey, United Kingdom dan Kejohanan Asia di Pattaya, Thailand pada tahun ini. 

“Bersandarkan kepada kejayaan ini juga, kedua-dua mereka telah terpilih untuk menyertai Kejohanan World Bowls Champion of Champions yang akan diadakan di Auckland, New Zealand pada 25 hingga 30 Nov ini,  katanya menerusi kenyataan hari ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan