AM

Penunggang Motosikal Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jitra

16/09/2024 10:42 PM

ALOR SETAR, 16 Sept (Bernama) -- Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 5.38 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 25 minit kemudian.

" Pokok tumbang itu menghempap sebuah motosikal dan sebuah kereta. Penunggang motosikal mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan pemandu kereta terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

"Seramai sembilan anggota bomba yang terlibat telah membuat kerja-kerja pemotongan pokok tumbang berkenaan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.51 petang," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan