AM

Lebih 23,000 Rakyat Malaysia Ke Thailand Melalui Pintu Sempadan Negara Di Perlis

17/09/2024 10:36 AM

KANGAR, 17 Sept (Bernama) -- Seramai 23,890 warga Malaysia direkodkan keluar ke Thailand melalui dua pintu sempadan negara di Perlis iaitu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar dan Wang Kelian sempena cuti sekolah dan Hari Malaysia semalam.

Pengarah Imigresen Perlis Khairul Amin Talib berkata jumlah itu bagi tempoh 12 hingga 15 Sept dengan ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.

“Jumlah ini dijangkakan berlaku peningkatan sehingga hujung cuti persekolahan,” katanya ringkas kepada Bernama melalui aplikasi pesanan WhatsApp hari ini.

Khairul Amin mengingatkan warga Malaysia yang ingin bercuti ke negara jiran itu perlu memastikan dokumen perjalanan masih sah dan mengharapkan keprihatinan mereka untuk bersabar menghadapi kesesakan di pintu sempadan dalam tempoh cuti sekolah ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan