AM

Alumni Sukarelawan YSS Dilantik Ejen Perpaduan

17/09/2024 10:17 PM

KOTA KINABALU, 17 Sept (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara akan melantik semua alumni misi sukarelawan siswa anjura Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) sebagai ejen perpaduan, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata daripada jumlah itu 50 akan dilantik sebagai Duta Perpaduan setelah melalui beberapa fasa penilaian.

“Dua Ikon Perpaduan juga akan dipilih setiap tahun bermula tahun hadapan dan akan diumumkan pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menutup program ‘Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah’ dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ejen Perpaduan di Universiti Malaysia Siswa (UMS) di sini.

Pada misi di UMS kali ini, sebanyak 100 sukarelawan daripada 56 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara telah menjalankan aktiviti di enam daerah di Sabah.

Sebanyak 229 projek sukarelawan dijalankan yang mampu memberi manfaat kepada 24,000 penduduk tempatan. 

Sejak penubuhannya pada 2012 hingga 2023, YSS telah melahirkan 1,797 pemimpin sukarelawan, 60 misi sukarelawan berimpak tinggi dan lebih 8,000 projek di peringkat komuniti.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan