AM

Banjir Di Perak Pulih, PPS Ditutup

02/10/2024 03:06 PM

IPOH, 2 Okt (Bernama) -- Situasi banjir di negeri ini pulih sepenuhnya dengan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan, Kampar, pada 2 petang tadi.

Pegawai Daerah Kampar Nazrul Fazami Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Kampar dalam kenyataan memaklumkan bahawa keputusan itu hasil pemantauan bersama pelbagai agensi yang mendapati keadaan lokasi terlibat sudah selamat dan semua mangsa banjir telah pulang ke rumah masing-masing.

"Saya memaklumkan penutupan PPS di Dewan Dato Azman Mahalan, Kuala Dipang berkuat kuasa pada 2 Okt 2024, Rabu mulai 2 petang," katanya.

PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan merupakan satu-satunya PPS dibuka di negeri ini sejak dua hari lepas, berikutan hujan lebat yang mengakibatkan kawasan Kampung Batu 20 dan Kampung Baru, Kuala Dipang serta Kampung Pulau Pisang, Malim Nawar dinaiki air, melibatkan keseluruhan 16 orang daripada lima keluarga.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan