AM

Lima Termasuk Seorang Kanak-kanak Terperangkap Kejadian Kepala Air Diselamatkan

03/10/2024 11:20 AM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Lima individu termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan pihak bomba selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Kampung Batu 10, Lebuhraya Cheras-Kajang dekat sini semalam. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya telah menerima panggilan kejadian berkenaan pada 9.05 malam tadi. 

Beliau berkata sebuah jentera bersama enam pegawai dan anggota telah digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn ke lokasi kejadian. 

“Komander operasi telah melaporkan seramai lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di seberang sungai akibat kepala air. 

“Pasukan telah menggunakan teknik ‘melintas sungai’ untuk membantu kesemua mangsa menyeberangi sungai,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Kesemua mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan berjaya diselamatkan pada 2 pagi.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan