AM

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Tujuh Negeri Petang Ini

07/10/2024 04:08 PM

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) --  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir atau hujan lebat di tujuh negeri hingga 6 petang ini. 

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini meramalkan cuaca itu akan melanda sebahagian besar Sabah antaranya Tambunan, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Tawau, Sandakan, Telupid dan Beluran. 

Keadaan sama juga diramal berlaku di Sarawak iaitu di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu. 

Lima negeri di Semenanjung juga dijangka mengalami ribut petir atau hujan lebat petang ini iaitu Kedah di Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar) dan Jeli, Kelantan. 

Turut diramal mengalami cuaca sama ialah Johor melibatkan kawasan di Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala Terengganu di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun. 

MetMalaysia memaklumkan amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan