PUTRAJAYA, 7 Okt (Bernama) -- Kementerian Digital mempelawa calon berkelayakan untuk mengisi jawatan utama di Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) yang baru ditubuhkan.
Pejabat berkenaan bermatlamat berfungsi sebagai pihak berkuasa pusat yang bertanggungjawab dalam memajukan agenda AI Malaysia dan meletakkan negara sebagai pengaruh penting dalam landskap digital serantau.
Jawatan terbabit antaranya ketua pegawai eksekutif, Pengarah Makmal Dasar AI dan Pengarah Pertukaran Inovasi AI.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata calon yang sesuai akan mempunyai peluang unik untuk memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan AI di Malaysia dan memimpin usaha untuk mengukuhkan status Malaysia sebagai pengaruh utama dalam bidang AI di rantau ini.
“AI adalah pemangkin untuk masa depan Malaysia, dan kami (Kementerian Digital) mencari pemimpin dinamik yang bersedia untuk memberi sumbangan kepada kemajuan negara dan serantau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kekosongan jawatan terbabit diiklankan sejak 30 Sept lepas dan tarikh tutup permohonan ialah pada 11 Okt ini.
Maklumat lanjut berkaitan NAIO dan untuk memohon jawatan itu layari https://www.mydigital.gov.my/initiatives/the-national-ai-office-naio/
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial