KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kementerian Komunikasi komited dalam memastikan tiada pengamal media di negara ini yang terpinggir daripada memperoleh insiatif yang diperkenalkan Kerajaan MADANI.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menerusi catatan di Facebook hari ini berkata perkara itu disampaikannya pada pertemuan bersama Pertubuhan Media Tamil Malaysia pada Jumaat lepas.
“Pertemuan ini juga dibuat bagi memastikan hubungan baik terus terjaga antara kerajaan dan rakan-rakan media Tamil memandangkan peranan penting yang dimainkan oleh mereka.
“Saya optimis bahawa pertubuhan ini akan memainkan peranan penting meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengamal media di negara ini, terutamanya rakan-rakan media Tamil, untuk sentiasa mengambil tahu dan memanfaatkan setiap inisiatif yang ditawarkan,” katanya.
Antara inisiatif yang disediakan kerajaan adalah Tabung Kasih@HAWANA, perlindungan sosial kepada pengamal media sambilan (stringer) melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan pemberian rebat bil telefon pelan pascabayar Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial